kawan-kawan

Khamis, 10 Mei 2012

Jaundis/Penyakit Kuning

Baru sebentar tadi, adik ipar datang ke rumah mengambil ubat heomopati utk penyakit kuning anaknya.. Anaknya baru berusia 4 hari.. Apa sebenarnya penyakit kuning nih.. Anak sy juga pernah kena penyakit ni..


Penyakit kuning/Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:



Jaundis fisiologikal

Jaundis patologikal

Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)


Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.




Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.


Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.


Rawatan Jaundis


Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.


Credit to drsaiful.blogspot


Banyak juga kaedah dan petua perawatan yg patut dilakukan:


1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .


2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.


3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.


4.Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.


5.Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan  Mandikan bayi dalam berapa hari.


6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.


7.Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan. 


Ini pula merupakan kaedah yg diamalkan olah org dulu2...



Saya kongsikan 3 tips itu di sini untuk tatapan pembaca blog ini :


1.Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.


2.Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.


3.Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.



Credit to mysetbersalin.com


Kawan saya juga mempunyai petua sendiri. Slps anak saya mempunyai penyakit kuning, dia menasihatkan saya supaya memerah buah anggur dan ambil jusnya.. Titiskan ke mulut anak dan pastikan anak menelannya.. cara tu berkesan untuk anak saya...


Ada bermacam petua dan rawatan samada moden mahupun tradisional, skarang kita yg tentukan rawatan mana yg boleh dicuba..


Selamat mencuba

Tiada ulasan: