kawan-kawan

Sabtu, 14 Julai 2012

Akhirnya...

Akhirnya.... biji benih yg di tanam pd hari rabu yg lalu dah mula keluarkan daun... Sukanya.. Sy dah tanam, timun mini hibrid, sawi pak choy, bayam putih daun bulat dan kangkung baka thailand... biji benih yg tu keluarkan 1 set daun... 
Bunga matahari OP dan bunga matahari besar masih direndam, sudah nampak akarnya... petang esok boleh ler di alih ke tanam... hehehe... 
Tp lobak merah dan bendi tempatan OP masih blom nampak lg naiknya... Masih sabar lg menunggu... 
Benih yg belum di tanam terung pendek bride hibrid dan tomato baka 303.. Kena cari tanak bakar dulu kat nursery.. huhuhu... 
Gambar? Asalnya hanya nak meninjau kat belakang ajer, tup2 biji benih dah bercambah.. Kamera tak der dan waktu dah hampir maghrib... Nanti saya masukkan gambar.. 
Terima kasih kepada Tuan Is untuk biji benih tersebut.. Nanti saya order lg.. Hehehe..


Jumaat, 13 Julai 2012

Apa khabar semua...
Dah lama tak menulis, perasaan malas sbb internet baru ajer pulih kat kg saya...
1 bulan jugak menunggu, en. suami called operator tm bertanya dan juga "mengugut" operator tu..
hehehehe.. nakal betul en. suami...
Akhirnya dapat la guna smula internet, kalau tak mungkin kami akan beralih ke broadband...


Ok la, nanti saya akan update hasil tanaman saya.... Menjadi atau tak... 
Operasi menyemai dah di jalankan, kita tgk hasilnya nanti.. Sblom kita jamu dulu mata dgn gambar2 kat bawah yer..

Pucuk ubi, dicelur dan makan dgn budu... mmmm... terangkat...


Patch cili kg dan kemangin 

Tebu, nenas, pandan, serai... yg tak nampak dlm gambar kunyit, rambutan, lengkuas, limau purut..

Nenas lg n ubi kayu... 





Selasa, 22 Mei 2012

Kerja Pembersihan


Hari ni, kerja pembersihan dilakukan kat kawasan belakang... Semak sngt dgn daun tebu yg dah kering... Lalang yg tumbuh meliar antara pokok nenas, payah jugak nak menggunting lalang tersebut.. Terpaksa memakai but kuning yg besar tu n sarung tangan.. Sesudah siap baru terasa gatal, akibat daun pokok tebu.. 
Hasilnya, kawasan tanaman tebu dan nenas dah clear.. 

Isnin, 14 Mei 2012

Hari ini dah Isnin 14 Mei, masih menunggu benih dari en Iskandar... Patch nak menanam biji benih dah siap, blom letak sungkupan sajer lg... Bekas semaian blom beli, tak der masa lg nak ker nursery... 
Gambar kat bawah tumbuhan yg saya biarkan, dah bertunas... tunggu masa ajer nak semai ke tanah...
Maaf yer gambar kurang cantik, guna hp jer amik nih.. Kat bawah ni ada keledek, kangkung dan halia.. 



Kat atas ni gambar tunas dari keledek yg tak guna... nak buang sayang, jadik nak tanam nanti.. Harap2 menjadi keledek semula la.. 


Ini pulak kangkung yg dah diambil daunnya.. Ini kes sayang nak buang jugak, jadi biar terendam kat air.. Selepas 2 hari dah keluar daun baru... Sudah boleh dialih ke tanah..



Ini halia yg beli kat kedai, belum sempat guna dah keluar tunas.. Takper, nanti kita tanam jugak sbb nak lengkapkan pokok herba yg ada... Kunyit dan lengkuas dah boleh dimakan isinya..

Bila nak mula bertanam? Skarang terlalu kerap hujan di kg halaman saya nih.. Jadik kena tgk cuaca la...

PS: hujan2 camni sedap jika berselimut smbl minum Nescafe.. mmm...

Sabtu, 12 Mei 2012

Balik kampung....

Balik kampung... oooo.. balik kampung...
Teringat lagu balik kampung nyanyian allayarham Sudirman... Penat jugak walaupun dekat... 
Banyak agenda semasa balik kampung... Agenda penting, mesti melawat kembar...

Si tembam tu namanya Nur Irdina Farhan (nama pilihan saya), yg lelaki plak namanya Muhammad Ikram Farhan... Umur dah 6 bulan... Anak saya memang sukakan mereka berdua & sanggup jadi pengasuh mereka berdua.. hehehehe... 
Mereka ni anak saudara sebelah suami... Tahun ni saja, mertua saya akan dpt 4 orang cucu... 3 dah deliver dan 1 lg jangkaannya pd hari raya puasa... Riuh la raya nanti dgn suara2 mereka.. 












Khamis, 10 Mei 2012

Jaundis/Penyakit Kuning

Baru sebentar tadi, adik ipar datang ke rumah mengambil ubat heomopati utk penyakit kuning anaknya.. Anaknya baru berusia 4 hari.. Apa sebenarnya penyakit kuning nih.. Anak sy juga pernah kena penyakit ni..


Penyakit kuning/Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:



Jaundis fisiologikal

Jaundis patologikal

Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)


Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.




Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.


Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.


Rawatan Jaundis


Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.


Credit to drsaiful.blogspot


Banyak juga kaedah dan petua perawatan yg patut dilakukan:


1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .


2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.


3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.


4.Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.


5.Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan  Mandikan bayi dalam berapa hari.


6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.


7.Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan. 


Ini pula merupakan kaedah yg diamalkan olah org dulu2...



Saya kongsikan 3 tips itu di sini untuk tatapan pembaca blog ini :


1.Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.


2.Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.


3.Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.



Credit to mysetbersalin.com


Kawan saya juga mempunyai petua sendiri. Slps anak saya mempunyai penyakit kuning, dia menasihatkan saya supaya memerah buah anggur dan ambil jusnya.. Titiskan ke mulut anak dan pastikan anak menelannya.. cara tu berkesan untuk anak saya...


Ada bermacam petua dan rawatan samada moden mahupun tradisional, skarang kita yg tentukan rawatan mana yg boleh dicuba..


Selamat mencuba

Ku tunggu....

Selamat petang semua,
Hari dah buat satu belian utk kebun kat blakang rumah...
Beli biji benih kat Tanam Sendiri, ownernya en Iskandar...
Hari ni dah beli 10 biji benih...
marigold (ada mcm bunga tahi ayam x tp jenis tebal)

lobak merah
bunga matahari OP
bunga matahari besar
sawi pak choy
terung pendek bride hibrid
timun mini hibrid
tomato baka 303
bayam putih daun bulat
bendi tempatan OP

Nak menambah utk makanan yg boleh dimakan... dah ada kat kebun belakang ialah
ubi kayu (makan pucuk ajer)
nenas/nanih 
ulam raja
kunyit
lengkuas
limau purut
pandan
serai
lada kg (baru je tanam semula)
tebu

banyak jugak tu.. harap2 boleh la nak mengalih pokok lada hari ni...